tajuk artikel ;
APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN
GURU DAN KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN
alamat :http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf
artikel ini menerangkan tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. walaubagaimanapun terdapat beberapa kekangan dalam pelaksanaannya. terdapat beberapa masalah yang kenalpasti seperti guru kurang berkemahiran, masalah teknikal, kurang latihan, pelajar kurang berminat dan pelaksanaan yang memakan masa yang lama.
terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi masalah ini seperti perlu kerjasama antara sekolah dan pejabat pelajaran, guru perlu diberi latihan, pelajar perlu diberi pendedahan tentang kepentingan ICT.
pembelajaran berdasarkan komputer banyak memberi kesan positif kerana dapat memberi kesan yang optimon kepada pelajar. penggunaan komputer dalam pembelajaran berkesan sekiranya ada kerjasama antara semua pihak sama ada pelajar, guru dan kementerian pendidikan.
tajuk kedua:
TAHAP KOMPETENSI PENSYARAH MENGGUNAKAN ICT DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
http://bme3103hanif.tripod.com/minggu_05/contoh_lwp.pdf
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.
ReplyDeleteKonsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Penggunaan komputer dalam pengajaran & pembelajaran Bahasa Arab adalah bukan perkara yang mustahil di zaman yang berteknologi kini.
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah.
assalamualaikum warahmatullah.
ReplyDeletePada pendapat saya, penggunaan komputer dalam pengajaran subjek apa pun khususnya dalam pengajaran bahasa amat baik. Walaubagaimana pun ianya agak tidak adil untuk pelajar yang lemah dan lambat. Ini kerana jika guru memberi perhatian kepada pelajar yang lemah, pelajar yang terkedepan akan mudah bosan. Sebaliknya, jika penumpuan terhadap pelajar yang pandai dan cekap penggunaan komputer, pelajar lemah akan tertinggal dan kawalan kelas kurang berkesan. Namun begitu, penggunaan komputer dalam pengajaran amat sesuai jika guru berikan tugasan dan pelajar mencari maklumat tambahan di luar kelas atau luar waktu pembelajaran. Namun sejauh mana pelajar dapat mencari kemudahan komputer,tambahan pula jika pelajar di kawasan pedalaman yang biasanya terdiri dari golongan miskin.